* This page is still under construction. Official launch will be on 1st January 2005.

 LOGIN USER ID :     PASSWORD :                                    SIGN UP/REGISTER | PASSWORD RETRIEVAL

Article Search :                        

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

       BOLASEPAK LIGA SUPER MALAYSIA 2004

    Kedah         Pahang             Public Bank     

     Penang          Perak             Perlis       

      Sabah          Sarawak   

                  

     SINOPSIS PERLAWANAN

20th Julai 2004

  VS  
Perak 4   Pulau Pinang 1
Ricardo Andrian 3rd, Frank Seator 16th, Ahmad Shahrul Azhar 49th, Harizul Izuan 87th     M. Nagaraja 21st  
STADIUM PERAK, IPOH

 Perak Mengganas Di Gelanggang Sendiri

Selasa 20th Julai 2004 - Perlawanan Perak bertemu dengan pasukan Pulau Pinang ini diibaratkan sebagai perlawanan membalas dendam. Pada perlawanan pusingan pertama, Perak membelasah P. Pinang 4-0 di Ipoh dan pada perlawanan kedua menyaksikan Pulau Pinang menewaskan Perak 4-2 dan akhirnya pada perlawanan ini pula menyaksikan Perak menang 4-1. Nampaknya perlawanan ini sekurang-kurangnya menghasilkan 4 gol yang sinonim dengan kedua-dua pasukan ini. Di Stadium Perak di Ipoh pada malam ini, kita dapat menyaksikan dominasi sepenuhnya daripada pasukan Perak. Seawal pada minit yang ke-3 lagi, Ricardo Andrian membuka jaringan hasil rembatan leret daripada satu sepakan sudut untuk mendahului Pulau Pinang 1-0. Tidak cukup dengan itu, Frank Seator menambah duka pasukan pelawat dengan gol kedua Perak pada minit yang ke-16. Tetapi, hasil kesilapan pertahanan Perak membolehkan M.Nagaraja merembat masuk gol ketiga pada minit yang ke-21 untuk Pulau Pinang merapatkan kedudukan. Di seprauh masa kedua, Perak terus mendominasi perlawanan dan gol ketiga Perak muncul hasil jaringan kaptennya Ahmad Shahrul Azhar pada minit yang ke-49 perlawanan. 3 minit sebelum tamat perlawanan, Harizul Izuan meletakkan namanya sebagai penjaring untuk Perak apabila beliau mudah meledakkan gol keempat untuk Perak berpesta gol 4-1 ke atas Pulau Pinang. Kini, Perak di tangga yang kedua dengan 33 mata iaitu 2 mata di belakang pendahului liga Pahang dan mendahului 4 mata ke atas pencabar terdekatnya Selangor Public Bank. Sekian! 

Ditulis oleh : Webmaster 

* Jika anda mahu memberikan ulasan anda tentang sinopsis perlawanan ini, sila e-mel kepada saya di  alex_leows@yahoo.co.uk

 

             20th July 2004

Home   Away  
Kdh 3 Sar 2
Phg 3 SPB 3
Sab 1 Per 0
Prk 4 Pen 1

    
              >> Britney Spears - Everytime
         
      
               >> Nan Quan Ma Ma - Jia

                    Best viewed with Netscape 7.0 and Internet Explorer 5.0 and above with 800X600 resolution.
                    All content Copyright © of Surfnews 2004. All Rights Reserved
                    Developed and maintained by Surfnews Magazine © .