* This page is still under construction. Official launch will be on 1st January 2005.

 LOGIN USER ID :     PASSWORD :                                    SIGN UP/REGISTER | PASSWORD RETRIEVAL

Article Search :                        

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

       BOLASEPAK LIGA SUPER MALAYSIA 2004

    Kedah         Pahang             Public Bank     

     Penang          Perak             Perlis       

      Sabah          Sarawak   

                  

     SINOPSIS PERLAWANAN

20th Julai 2004

  VS  
Kedah 3   Sarawak 2
Marcos Tavarez 19th, Akmal Rizal Rakhili 56th, 82nd     Rodrigo Anderson 80th, Robert Eshun 84th  
STADIUM DARULAMAN, ALOR STAR KEDAH

 Kedah Menang Tipis Dalam Perlawanan Menarik

Selasa 20th Julai 2004 - Perlawanan Kedah bertemu Sarawak ini bagaikan satu perlawanan 'bottom of the table' clash antara kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan ini sedang bertungkus lumus untuk memastikan mereka tidak beraksi pada Liga Perdana musim hadapan. Kedua-dua pasukan ini kini dalam zon bahaya dan kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan pilihan ke Liga Perdana musim depan. Apakah yang telah terjadi? Sebenarnya, kedua-dua pasukan ini pernah dilanda masalah pertukaran jurulatih setelah kedua-dua jurulatih pasukan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Namun, pada malam ini, mereka bertemu dan kesannya kedua-dua pasukan bermain dengan baik sekali namun Kedah yang lebih bernasib baik dapat memungut 3 mata penuh. Permainan kedua-dua pasukan amatlah seimbang dan kedua-dua pasukan mempunyai banyak peluang menjaringkan gol dan terbukti ada 5 gol juga dapat dihasilkan. Kedah membuka jaringan menerusi pemain impotnya Marcos Tavarez pada minit yang ke-19 untuk mendahului Sarawak 1-0. Selepas itu, perlawanan bertambah rancak namun tiada gol dihasilkan lagi di separuh masa pertama. Di separuh masa kedua menyaksikan Akmal Rizal mencuri tumpuan apabila beliau melebarkan jaringan pada minit yang ke-56 untuk mendahului Sarawak 2-0. Apa yang menarik dalam perlawanan ini adalah 15 minit yang terakhir. Rodrigo Anderson berjaya juga untuk merapatkan kedudukan pada minit yang ke-80 untuk kedudukan 2-1. Selang 2 minit selepas itu, Akmal Rizal menyumbat gol kedua peribadi dan gol ketiga pasukan Kedah untuk kedudukan 3-1. Kemudian Sarawak merapatkan kedudukan menerusi Robert Eshun 2 minit selepas itu untuk menjadikan kedudukan 3-2 dan perlawanan tamat. Kedah bernasib baik dapat memungut 3 mata penuh manakala Sarawak hanya berputih mata. Sekian!  

Ditulis oleh : Webmaster 

* Jika anda mahu memberikan ulasan anda tentang sinopsis perlawanan ini, sila e-mel kepada saya di  alex_leows@yahoo.co.uk

 

             20th July 2004

Home   Away  
Kdh 3 Sar 2
Phg 3 SPB 3
Sab 1 Per 0
Prk 4 Pen 1

    
              >> Britney Spears - Everytime
         
      
               >> Nan Quan Ma Ma - Jia

                    Best viewed with Netscape 7.0 and Internet Explorer 5.0 and above with 800X600 resolution.
                    All content Copyright © of Surfnews 2004. All Rights Reserved
                    Developed and maintained by Surfnews Magazine © .