* This page is still under construction. Official launch will be on 1st January 2005.

 LOGIN USER ID :     PASSWORD :                                    SIGN UP/REGISTER | PASSWORD RETRIEVAL

Article Search :                        

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

       BOLASEPAK LIGA SUPER MALAYSIA 2004

    Kedah         Pahang             Public Bank     

     Penang          Perak             Perlis       

      Sabah          Sarawak   

                  

     SINOPSIS PERLAWANAN

20th Julai 2004

  VS  
Pahang 3   Selangor Public Bank 3
Indra Putra Mahayuddin 8th, 61st, Mamadou Diallo 12th     Mohd Aiman Wong 2nd, Ivan Ziga 30th, Mohd Nazri Mohd Nor 77th  
STADIUM DARULMAKMUR, KUANTAN PAHANG

 Pahang Tercicir 3 Mata Berharga

Selasa 20th Julai 2004 - Perlawanan pada malam ini diibaratkan sebagai duri dalam daging dimana kedua-dua pasukan beraksi di bawah penyokong kira-kira 15,000 ribu yang membanjiri Stadium Darulmakmur pada malam ini. Perlawanan berlangsung secara rancak pada keseluruhannya dan kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh cemerlang sekali. Kedua-dua pasukan dalam misi untuk memburu kemenangan pada malam ini di mana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan dalam persaingan di taktha liga. Walaubagaimanapun, pasukan pelawat yang pertama membuka jaringan pada minit yang ke-2 menerusi Mohd Aiman Wong pada minit yang ke-2 perlawanan. Selepas itu, Pahang bangkit dan seolah-olah tidak mahu memberikan peluang kepada Selangor Public Bank dan kesannya penyerang kebangsaan Indra Putra Mahiyuddin menjaringkan gol penyamaan pada minit yang ke-8 untuk menjadikan kedudukan 1-1. Selepas itu, Pahang terus menggandakan asakan dan gol kedua menyusul hasil jaringan Mamadou Diallo pada minit yang ke-12 perlawanan untuk Pahang mendahului 2-1 di depan. Namun, kealpaan pertahanan Pahang turut membawa padah apabila Ivan Ziga menyamakan kedudukan buat Selangor Public Bank pada minit yang ke-30th untuk kedudukan 2-2. Di separuh masa kedua, Pahang tertekan dan mereka dapat juga menghasilkan jaringan pada minit yang ke-61 sekali lagi menerusi Indra Putra Mahiyuddin. Namun, impian untuk Pahang mendapatkan 3 mata penuh malam ini musnah apabila Mohd Nazri Mohd. Nor menjaringkan gol penyamaan pada minit yang ke-77 perlawanan untuk berkesudahan kedua-dua pasukan berkongsi mata. Pahang kini dalam keadaan tertekan setelah mereka tercicir 3 mata dan membolehkan saingan terdekatnya Perak terus mara dan hanya mendahului Pahang dengan 2 mata. Untuk Selangor Public Bank, seri ini masih lagi membolehkan mereka menjuarai Liga Super tetapi peluang tetap samar. Sekian!

Ditulis Oleh : Webmaster 

* Jika anda mahu memberikan ulasan anda tentang sinopsis perlawanan ini, sila e-mel kepada saya di  alex_leows@yahoo.co.uk

 

             20th July 2004

Home   Away  
Kdh 3 Sar 2
Phg 3 SPB 3
Sab 1 Per 0
Prk 4 Pen 1

    
              >> Britney Spears - Everytime
         
      
               >> Nan Quan Ma Ma - Jia

                    Best viewed with Netscape 7.0 and Internet Explorer 5.0 and above with 800X600 resolution.
                    All content Copyright © of Surfnews 2004. All Rights Reserved
                    Developed and maintained by Surfnews Magazine © .